Jangan memberi
Kalau tidak mahu menerima
Monday, 19 March 2012
Monday, 12 March 2012
Hanya?
R.I.N.D.U
:)
Rindu zaman sekolah
zaman 'ada apa dengan cinta'
zaman dunia khayalku
hehehe
setiap orang ada kisahnya bukan?
salah 1 lagu yang beri ilham kalau nak menulis.
Sunday, 11 March 2012
Sakit Itu Rahmat
Assalamualaikum..
Lama rasanya tak aku luah perasaan dalam blog lapuk aku ni. Entry terakhir yang aku tulis, sebelum balik upm hari tu. Sekarang dah nak masuk minggu yang ke-4.Cukup pantas waktu berjalan. Pejam celik dah nak sebulan. Terlalu banyak dugaan yang aku lalui untuk sem kali ni. Mana dengan roomate lagi..rumah sewa lagi..kesihatan aku yang turun naik...macam-macam lagi laa..Rasa macam tak kuat pulak nak lalui hari-hari terakhir di UPM ni..kalau boleh, untuk hari-hari terakhir aku di UPM sebelum berpraktikal di Melaka..aku nak lalui hari-hari tu dengan senyum dan tawa..tapi siapalah kita kan. Hanya Dia sebaik-baik perancang. Siapalah aku untuk mengeluh dengan setiap ujian yang Dia berikan...
Minggu lepas macam dah boleh jadi minggu air mata untuk aku..hehe Sedih waktu dinner pbmp masih tak puas aku lap..menangis dengan sakit pulak..hehe Nak jadi cerita lepas balik dari Jengka, Pahang, lepas tu pergi survey rumah dekat Melaka..aku demam+batuk+sakit tekak..sehari-sehari tak baik-baik jugak sakit aku..sampailah seminggu..Makan ubat pon tak berkurang..Rupa-rupanya tekak dah kena infection. Sebab tu lambat baik. Tapi masalah badan aku ni, memang dah lama aku perasan. Aku mudah kena infection tak kira lah sakit apa pun. Padahal sakit tu takdelah teruk sangat. Dulu waktu bibir aku kering, pun kena infection jugak. Sampai Doktor ingat aku buat yang bukan2 pulak. Haishhh... Bila dah sakit-sakit macam ni, mula lah aku terfikir..kalau tak de abang Mer, atau family aku..ada ke orang yang nak jaga aku sebaik ahli keluarga aku. Kalau aku ada suami, sanggup ke dia jaga aku dalam keadaan aku yang sakit teruk camni. Wallahualam...kalau ada Alhamdulillah...kalau tak de..kena balik rumah suh Mak yang jaga..hehehe
Persoalan hati masih terus menjadi persoalan..Biarlah buat seketika atau mungkin sampai bila-bila..aku dah pasrah...hehe Malas dah nak difikir-fikir lagi.. Buat masa ni nak teruskan hidup seperti biasa...nak lalui hari-hari yang semakin mencabar ni dengan tenang dan damai..semoga aku terus kuat dan dapat bertahan hingga ke akhirnya..semoga kesihatan aku bertambah baik.. Ameen... :)
Monday, 20 February 2012
Senyum untuk malam ini'1
Tolong ingatkan aku...
Tolong ingatkan aku yang aku dah pun kembali ke kampus hijau..
Entah apa yang bakal aku hadapi lagi..
Jujur..aku tak mahu bayangkan..
Jujur..aku tak mahu meneka..
Biar aku lalui secara semulajadi..
Tiada paksaan..
Tiada desakan..
Tiada tekanan..
Biarkan kaki kau melangkah mengikut apa yang kau rasa.
Cukup untuk sekali ini..
Beri ruang untuk diri kau sendiri..
Beri ruang untuk ruang hati kau bernafas bebas..
Beri ruang untuk minda kau berfungsi mengikut apa yang difikirkannya..
Biarkan bibir kau mengukir senyum mekar semekarnya..
Biar mata kau bersinar indah bagai rembulan kala malam menjelma..
Biar tawa meniti setiap telinga-telinga yang singgah di mimpi hidupmu..
Biar tangan kau menyapa ramah hati-hati mereka yang pernah kau sakiti..
Biar bait-bait kata kau menggetar rasa kalbu mereka..
Biar setiap ungkapan yang lahir dari bibirmu menenangkan setiap yang menjengah..
Teruslah berjuang..
Teruslah berdiri dengan tunduk ke bumi..
Teruslah menyiram air mawar ke hati mu..
Teruslah bahagiakan dirimu..
Dan untuk itu kau tidak akan pernah mengalah.
Janji untuk aku itu.
Tolong ingatkan aku yang aku dah pun kembali ke kampus hijau..
Entah apa yang bakal aku hadapi lagi..
Jujur..aku tak mahu bayangkan..
Jujur..aku tak mahu meneka..
Biar aku lalui secara semulajadi..
Tiada paksaan..
Tiada desakan..
Tiada tekanan..
Biarkan kaki kau melangkah mengikut apa yang kau rasa.
Cukup untuk sekali ini..
Beri ruang untuk diri kau sendiri..
Beri ruang untuk ruang hati kau bernafas bebas..
Beri ruang untuk minda kau berfungsi mengikut apa yang difikirkannya..
Biarkan bibir kau mengukir senyum mekar semekarnya..
Biar mata kau bersinar indah bagai rembulan kala malam menjelma..
Biar tawa meniti setiap telinga-telinga yang singgah di mimpi hidupmu..
Biar tangan kau menyapa ramah hati-hati mereka yang pernah kau sakiti..
Biar bait-bait kata kau menggetar rasa kalbu mereka..
Biar setiap ungkapan yang lahir dari bibirmu menenangkan setiap yang menjengah..
Teruslah berjuang..
Teruslah berdiri dengan tunduk ke bumi..
Teruslah menyiram air mawar ke hati mu..
Teruslah bahagiakan dirimu..
Dan untuk itu kau tidak akan pernah mengalah.
Janji untuk aku itu.
Thursday, 9 February 2012
Laut???
Cantik kan??? :P Cuba korang teka kat mana tempat ni? huhu Kalau nak tawu, tempat ni dekat dengan rumah aku. Pecaye tak? hahaha Umur dah masuk 24 tahun baru aku sedar rumah aku dekat dengan tempat cantik camni. Poor me! Tapi yang paling penting aku dah tawu pantai mana yang aku akan tuju lepas ni. :) Awal-awal turun kereta dan hidung aku dapat hidu bau masin laut, aku jerittt..hehe Macam tak percaya aku dapat tengok laut tapi aku masih dekat dengan rumah. Bila turun dari kereta dan nampak air laut..senyum sampai telinga lah kan.hehe pastu mulalah buat perangai macam aku bukan tinggal kat kawasan tu gak.Excited yang amat!hahaha
Tuesday, 7 February 2012
Nak Lari Mana Ntah
Padan Muka!
Len kali ko lari la lagi..
Lari jauh-jauh...
Sekarang cane?
Hmm....What to do?
:(
Boleh tak nak start kelas sekarang? Tak payah nak cuti-cuti laa...
Nak start Buzy balikkkk...
Uwwaaaaa.....
Thursday, 2 February 2012
DELETE dari HATI
Assalamualaikum...
Entry kali ni aku nak mulakan dengan satu PERTANYAAN... Apa yang korang akan buat bila korang susah hati, marah, sakit hati atau apa-apa jelah? Macam mana korang nak DELETE perasaan tu dari HATI korang? Ada orang bila susah hati akan pergi tempat tinggi dan jerit kuat-kuat..ada sesetengah pula suka duduk dalam bilik sorang-sorang sambil nangis..tak kurang jugak yang mengaji..Alhamdulillah...ada jugak yang dengar lagu jiwang sambil lap hingus..hahaha macam-macam kan? Sebab tu manusia ni UNIK. Diciptakan manusia PAKEJ dengan hati dan perasaan yang sukar nak dimengertikan... :)
Setiap kali aku rasa marah..sakit hati...tak kisahlah kat orang atau kat diri sendiri, mesti aku akan buat beberapa perkara yang boleh buat aku rasa lega..nak kata dapat tenangkan hati atau dapat lupakan terus apa yang jadi tu mustahil lah kan..tapi sekurang-kurangnya aku rasa legalah sikit kan.. Kalau aku kat rumah, bila aku rasa geram atau marah aku akan masuk bilik air dan cuci bilik sampai aku puas hati. Aku akan berus lantai, cuci sinki, cuci toilet, berus dinding sampai hati aku puas..sampai kecut-kecut jari-jari aku..Dan selalu juga aku ambik berus gigi yang dah tak pakai aku guna untuk berus dinding. Saja taknak guna berus biasa..Hati aku rasa puas bila tengok kotoran sume hilang.
Dan kerana habit aku ni..mungkin sebab tu aku kena ekzema. Doktor siap warn tak bagi pegang apa-apa chemical, sabun atau ape-ape jelah..Doktor cakap tangan aku kena ekzema sebab aku suka cuci pinggan lama-lama, cuci toilet dan pegang sabun..huhu Macam tawu-tawu je Doktor tu kan..Tak sia-sia dia jadi Doktor.hahaha
Agaknya kotoran kat tandas yang aku cuci tu 'simbolik' rasa sakit hati aku kot..Kalaulah apa yang aku rasa boleh hilang semudah itu..Hmm...Tak tawu lahh..tapi tu yang aku akan buat..hehe Pelik kan? Mungkin tu cara aku..Orang lain? Lain pula feelnya..
Macam kawan aku pernah cakap, 'masing-masing ada cara masing-masing'.. :)
Kalau dekat UPM pulak takdelah aku pegi cuci toilet macam kat rumah.hahaha GILA ko! besar kot toilet kat kolej tu..huhu Tak lalu aku aihh... Kalau kat kolej lain pulak caranya..Selalu aku dok sorang-sorang je kat bilik.. Yelaa..aku dengan rumet aku sama je kuat bejalan..huhu Kadang-kadang bila aku rasa geram atau marah aku akan cakap dengan diri aku..aku akan tanya macam-macam soalan kat diri aku sendiri.. Pastu aku sendiri yang jawab soalan-soalan tu jugak.. Tapi yang ni cam tak betul sikitlah.. sebab aku cakap sorang-sorang..hahaha Pernah sekali waktu aku tengah tanya-tanya tu boleh pulak rumet aku jawab..hahaha Pastu aku gitaulah kalau aku marah memang aku camni..Lepas tu dia diam jelah..dah faham kot dengan perangai aku.. :P
p/s: Aku baru lepas cuci toilet..aku marah dengan diri aku. sekali lagi aku jadi orang yang kejam. Maaf.
Subscribe to:
Posts (Atom)



