Friday, 23 December 2011

MasakLemakKetam

Assalamualaikum....

ALhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah....

Hari ni aku rasa seronok sangat...sangat seronok..seroonokkkknyyeeee...................... ;P


Kadang2 bila muhasabah diri balik...banyak nikmat yang Allah beri pada aku..banyak urusan yang Allah mudahkan...dan semua tu selalu buat aku terfikir..dalam aku yang selalu lalai..selalu lupa..selalu ambil mudah..Dia tetap beri aku peluang...Jadi, aku perlu..perlu..perlu...dan sangat2 perlu BERSYUKUR atas nikmat yang diberi..Insya'Allah...Berkat doa Mak sama ni...he2


Ahad ni, Insya'Allah aku akan balik kampung. Dah lama rasanya tak balik rumah. Anak buah yang lahir 11.11.11 pon belum sempat aku cium..rindunyaa... Tapi sebelum balik kampung, ada satu lagi tugasan yang perlu aku dan rakan2 sekelas selesaikan. Seminar Pedagogi Pengajaran dan Pembalajaran BM. Dalam pogram ni aku ditugaskan sebagai setiausaha..So, terpaksalah berusaha kan...hehe berusaha la sangaattt.... ;p Semoga seminar esok berjalan dengan lancar..dan semoga aku selamat sampai rumah... Boleh pulak aku balik kampung sorang time birthday aku..huhu kalau takde seminar ni boleh je aku ikut ayah n abgcik balik rumah malam ni..


2 malam lepas tepon Mak wish birthday..Rindu dengan ceramah Mak..hehe tu pon sempat lagi Mak perli aku, betul ke aku x ikut ayah aku balik awal sebab seminar..kih3 'Kakcik tak tipu aihh...' n FYI Birthday Mak n aku beza 4 hari je. Jadi selalu lah sambut birthday sama2. Lain pulak rasa time birthday aku still ada kat UPM. Rasanya sepanjang aku belajar tak pernah lagi aku sambut dengan kawan2. Yelaa...birthday aku selalu waktu cuti sekolah..bila dah masuk U ni time cuti semeter pulak..hehe


Actually, aku tersangatlah hepi sbb..aku dh tawu result utk tesis. hehe Alhamdulillah...seronok sangat.. :)
Untuk latihan mengajar tahun depan pon dah dapat tawu sekolah. Insya'Allah Sekolah Menengah Tun Tijah, Melaka akan menjadi sekolah pertama aku menabur bakti. Walau sekadar pratikum tapi bagi aku ketika itulah nanti segala pengalaman, segala ilmu perlu aku timba untuk aku adaptasi ketika bertugas kelak. Semoga segala urusan berjalan dengan lancar..semoga segala sengketa andai ada yang terbit di hati2 aku dan rakan pudar disiram sinar suria...semoga kami dilembutkan hati untuk memaafkan..untuk menyayangi..untuk saling membantu..dan untuk saling berkerjasama...ameen....



p/s: tersangatlah rasa nak makan masak lemak ketam Mak masak.. ;p

Saturday, 17 December 2011

FYP Viva Done!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Selesai satu tugasan berat untuk semester ni. Tapi ada rasa sedikit rasa terkilan sebenarnya. huhu

Aku rasa macam tak bagi 100% waktu present tadi.

dengan batuk + sejuk aircon + risau takut over limit masa

aku bantai je g baca slide. hahaha ada laa sikit2 aku terang kot.

soalan Dr Foo pon boleh tahan. Jawab jela apa yang aku tahu. kih3

Lepas ni, nak edit FYP bagi siap. So nanti isnin dah boleh submit. (^_^)

Macam tak percaya je....

Aku dah lalui sampai ke tahap ni.

Dari pilih tajuk, pilih instrumen, gila sekejap, cari bahan, tadbir soal slidik, hidup haru biru seketika, hinggalah...present hasil kajian..

Memang pengalaman yang sangat bermakna buat aku.

Insya'Allah, klu ada yang nak buat kajian lepas ni bole tanya aku klu rasa2 cam ada yg tak faham ye?

*bajet cam pro la sgt kan..huhu

Tapi kalau tanya aku, nak sambung buat master ke tak??

confirm laa....aku tak nak! hahaha

Tunggu lah 5 tahun lagi ke...tak tahu lahh..

apa2 pun..yang mendatang kena jalani latihan praktikum pulak.

Harap semuanya berjalan dengan lancar nanti...Aminn....

Tuesday, 13 December 2011

~Sorry Wrong Number~

13.12.11

Cantekk kan tarikh hari ni.. ;)

Nak dijadikan cerita...
hari ni adalah sorang makhluk Allah tersilap send msg.
Msg yg ntah apa butir bicaranya pun aku dah lupa.
Tak dapat nak balas lebey2.cuma boleh reply. 'Slh no.'
Ringkas+Jelas
Tu ikut rasa jari jemari aku yang type
kalau ikut hati aku yang sentiasa menggelak bila ada kaitan dgn ko..
Mau je aku reply ^&%$)$@*I# (tak terluah kata2 aku)
Harap makhluk Allah yang tersalah send msg kat aku tu sedar dirilah ye..
Lepas ni jangan ko salah send lagi.
Cukup2lah ko uji aku.
-Sekian-

Wednesday, 7 December 2011

~Confuse~

Assalamualaikum...


Lately, jiwa aku agak kacau. Susah rupanya bila nak buat keputusan kan. Tambah2 bila melibatkan soal masa depan. Rasa macam nak lari dari hadapi kenyataan. Sedangkan kenyataan tu adalah kebahagian yang bakal aku kecapi. Betul cakap sorang klasmet aku yang lain jantina..kih3 'kalau rasa tak nak, jangan sesekali bagi harapan''lelaki ni bila dah setia dan serius...dot..dot..dot..'(tak ingat plak ayat belakang dia.hehe) Tapi masalahnya aku sendiri tak pasti dengan keputusan aku. Hmm..kalau tak kerana mimpi kintang aku tak jadi camni..grrrr....Kintang la niii.... hahahaha apa2 pun..aku taknak buat apa2 keputusan pun buat masa sekarang. Sekarang adalah masa untuk aku Fokus! Yeaahhh! Tak lama dah pun nak habis FYP aku nihh...hadoiiii tak sabar dah nak g praktikal..sabor jelaa....


p/s: susah nak jumpe yang baik..tapi tak mustahil kan.. ;)

Sunday, 4 December 2011

Kelebihan Berpuasa 9 & 10 Muharram

Assalamualaikum...

Jom kita baca kelebihan2 berpuasa 9 & 10 Muharram.. :)




Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Saturday, 3 December 2011

-pokok cantik-

Assalamualaikum....


Entry kali nak share gmbar pintu masuk ke UPM yg bagi tersangatla cantik..sebab ada banyak pokok sepanjang jalan dari main gate sampailah ke kolej aku. huhu bila sebut pasal pokok tingat kat sorang member aku. suke btl dy dgn lagu 'pokok'..aku pon sukee..huhu -okeh..xde kene mngena. Layankan jela pic aku uplod tu ye.. :)






Cantik kan?? Luvin it! :) rasanya jln ni antara yg akn aku rindu ble dh kuar dr UPM nti.