Wednesday, 25 January 2012




Jangan ditanya bila? bagaimana?
Yakinilah..kerana janjiNya itu pasti..
Insya'Allah...
Bergembiralah saat kau masih bisa tersenyum. :)

Tuesday, 24 January 2012

Si Bisu dan Si Pekak


Percaya tak?

Tanpa bahasa pun manusia masih boleh berhubung.

Ibarat, Seorang Bisu dan Seorang Pekak masih boleh berkawan

kerana..Semuanya terletak pada hati..

Jika hati kita bersedia dan ikhlas..tanpa bahasa sekalipun kemesraan boleh berlaku.

Jika keikhlasan tiada...

Aturlah ayat penuh puitis..dibaja dengan sempurna sekalipun..

Namun, jika hati tak menginginkannya

Sudah tentu perhubungan itu tidak mampu bercambah dengan baik.




Monday, 23 January 2012

Kisah Buku

Assalamualaikum...


Entry kali ni aku buat khas untuk BAUCER yang dapat aritu..huhu Al-kisah...dapat la baucer RM200. So, apa yang aku beli dengan baucer RM200 tu? Taaddaaaaa.....ni lah buku-buku yang aku dah beli. :)





Tapi ada lagi 1 tafsir quran tinggal kat kolej..Menyesal pulak tak bawak balik rumah..huhu Tinggal lagi RM50. Plan nak cari buku Komsas kat KL nanti..


Buku ni dah lama ngidam nak beli..akhirnya ada jugak dalam simpanan aku.
Alhamdulillah. :)




p/s: Kalau tak membaca sebelum tido umpama tak gosok gigi sebelum tido tau. kih3

Friday, 20 January 2012

Kisah Ayah

Assalamualaikum...


Hai tawan-tawan!!! :) hehe rindu pulak dengan kawan2 PBMP'UPM aku..camna la nanti bila masing-masing dah bawak haluan masing2 kan.. Mesti macam2 kisah... :)


Entry kali ni bukanlah nak cerita pasal kawan2 pbmp..tapi tentang seorang lelaki yang bertakhta dalam hati aku, yang aku sayang dan cinta lebih dari diri aku..ececeehh...hehe


A.Y.A.H. I used to call him Ayah. Mungkin korang panggil ayah korang Daddy..Papi..Abah..Apak..atau apa-apa jelah..tapi ayah tetap ayah kan..hehe


Kalau balik rumah mesti ayah panggil aku suruh cabutkan uban..ayah selalu puji dalam ramai-ramai anak, aku paling EXPERT bab-bab cabut uban ni.hahaha Bila dengar je kompem aku tersenyum simpul muka bangga giler mcm baru dapat Grammy award!! :p kadang-kadang ayah akan suruh aku tolong urutkan kaki..hmm...dari kecik sampai le umur aku 24 tahun sekarang. Bila tengok kaki ayah..sambil2 urut tu..aku sedar..yang ayah aku makin berusia. *Walaupun ayah aku tak pernah ngaku yang ayah aku dah 'tua'..kih3 sebagai anak aku nampak perubahan tu. Tapi bab urut-urut ni memang aku Fail lahh..hehe dan ayah selalu merungut..tapi aku tetap urutkan jugak *aku rasa bukan urut tapi lebih kepada picit-picit + cubit-cubit.. hahaha Kalau dekat UPM aku selalu teman ayah dinner sama-sama bila ayah balik kerja. Ayah kerja kat putrajaya so dekatlah dengan UPM kan. Roomate aku pon selalu tegur sebab nampak aku lagi banyak 'gayut' dengan ayah dari Mak. Bila dia tegur baru aku perasan hal tu..huhu



Aku rapat dengan ayah. Mungkin orang akan cakap anak ayah lah kot. Tapi bukan sebab aku manja sambil meliok lentok mintak cekelat kat ayah aku okeh..hehe Tapi aku rapat dengan ayah sebab aku yang paling banyak bersembang + sharing-sharing + berdiskusi dengan ayah. Selalu dalam kerata lah bila ontheway balik rumah. Selalu tu aku saja je timbul 1 isu sebab nak bahaskan dengan ayah. Seronok woo Gado2 manja dengan ayah camtu..huhu Aku selalu nak menang dengan pendapat aku sendiri. Tapi ayah pun tak kurang jugak dengan pendapat dia kan. Itu Ayah. :) Ayah tegas, ramai kata ayah garang tapi jauh dalam hati ayah..aku tawu ayah punya jiwa yang sangat halus. Seorang yang perasa, sensitif, teliti...hehe Ayah suka tulis sajak. Ayah bijak dalam menyusun kata-kata. Minat kita samalah ayah. :P


Baru-baru ni aku sembang dengan ayah pasal duit. Pasal gaji. I Love Money! hahaha Ayah cakap nanti bila aku dah kerja aku kena bagi duit kat ayah lebih dari kakak abang aku yang lain2. Sebabnya ayah yang tanggung aku belajar. Aku pon dengan mulut laser pon menjawab lah... 'Alaa...ayah bagi kakcik sikit je..cukup2 makan je'. Aku dah perasan muka ayah dah lain.. Ayah pon jawab.. 'Walaupun ayah bagi sikit, tapi hang kena ingat satu je..walaupun sikit tapi hang masih boleh guna duit tu untuk makan..untuk belajar..itu dah dikira jasa ayah kat hang'. Tone ayah dah lain..tapi aku buat2 c0ol..padahal dalam hati dah teresak-esak..Isk3 Aku dengan slumber pon 'menjawab' lagi...'Tapi nanti kalau dah keje kak cik kena bayar duit kereta, rumah lagi..' Pastu ayah pun mula berkata-kata...dan ayat Ayah yang ni aku akan pastikan yang aku takkan lupa sampai bila-bila...



'Cuba kakcik fikir...Allah tu Maha Berkuasa kan..tapi Allah tetap suruh hamba-hambanya dirikan solat..berdoa..buat kebaikan..Cuba kakcik fikir..kalau hamba Dia tak dirikan solat, tak puasa, tak tunai haji..Ada tak Allah rugi apa-apa? Tak kan? Dia tetap Yang Maha Berkuasa.. Macam tu jugaklah dengan anak-anak.. Mak dengan ayah bukan minta duit anak2.. Kalau anak-anak ayah tak kirim duit pun takpe. Duit pencen ayah nanti lebih dari cukup. Tapi sebagai anak itu adalah tanggungjawab.. Dan ayah kena ingatkan anak-anak ayah..Mungkin bila kakcik dah besar..dah ada anak-anak kakcik akan faham..'



Siyesly, aku memang rasa nak menangis je waktu tu. Sebenarnya aku faham apa yang ayah maksudkan. Dan aku sengaja 'menjawab' cakap ayah sebab aku suka dengar ayah bagi ceramah.. :P Aku suka bila ayah tegur aku. Aku suka bila ayah cerita pasal hal-hal agama dengan aku. Aku suka bila ayah sharing dengan aku.



"Ayah..selagi kakcik hidup..kakcik akan sentiasa berusaha untuk buat ayah bahagia..kakcik harap sangat kakcik dapat balas jasa ayah...kalau kakcik tak berkesempatan..kakcik akan tetap bersedekah untuk ayah..itu JANJI kakcik"



p/s: Tolong ingatkan saya dengan janji saya ye....



Thursday, 19 January 2012

Hiding My Heart



This is how the story went
I met someone by accident
Who blew me away
Blew me away
And It was in the darkest of my days
When you took my sorrow and you took my pain
And buried them away, buried them away

I wish I could lay down beside you
When the day is done
And wake up to your face against the morning sun
But like everything I've ever known
You'll disappear one day
So I'll spend my whole life hiding my heart away

Dropped you off at the train station
Put a kiss on top of your head
And watched you wave
And watched you wave
Then I went on home to my skyscrapers
And neon lights and winnebegas
That I call home
I call that home

I wish I could lay down beside you
When the day is done
And wake up to your face against the morning sun
But like everything I've ever known
You'll disappear one day
So I'll spend my whole life hiding my heart away
Away, yeah

Woke up feeling heavy hearted
I'm going back to where I started
The morning rain
The morning rain
And though I wish that you were here
On that same old road that brought me here
It's calling me home
It's calling me home

I wish I could lay down beside you
When the day is done
And wake up to your face against the morning sun
But like everything I've ever known
You'll disappear one day
So I'll spend my whole life hiding my heart away

I can't spend my whole life hiding my heart away





p/s: So lovely..kan...dengar lagu ni buat aku rasa 'mesti' dapatkan jugak novel P.S.I LOVE YOU. :) Tapi lagi best kalau ada sumone yang hadiahkan.huhu (dalam mimpi jelaahh....)



Wednesday, 18 January 2012

Stop Dreaming! Plzzz..



Macam tak boleh fikir

Lately, asik jiwa kacau tak habis-habis kan..*padahal mmg sllalu camni pon. :P

OKeh2..Tink +VE. pembawakan budak ni..

Oh nononooooo...still single..hehehe

Tapi kalau aku cakap yang aku nak sangat Baby..mesti korang kata aku gatai..kan3? :P

Tapi aku dah pasang impian..ececeeh..*macam pasang langsir je

Kalau kata aku tak bertemu jodoh sampai umur aku 30...

Aku akan ambil anak angkat!! Damn serius. *sile bayangkan muka aku serius.hahaha

kenapalah aku risau sangat ni?? U still young babe! come On lahh...

OkeOke...im cOol~Tapi gudnews yang aku dapat dari kawan2 aku yang buat aku jadi tak cOol.


So what??

..................


Really need A vacation..holiday..or wateva u call it.


-Saya perlukan pantai-





Sunset kat Krabi..Cantik kan? 1day nak pegi sana jugak. :)

Tuesday, 17 January 2012

My Secret Book

Assalamualaikum...


Hari ini masih hari yang baik untuk anda..atau hari yang masih sama seperti semalam dan hari-hari yang sebelumnya?


Harap hari-hari yang bakal aku lalui mampu buat aku terus tersenyum. :)


Sebenarnya, awal-awal aku created blog is just for fun. Hanya untuk aku. Aku nak tulis pasal aku. Aku nak cerita pasal aku. Aku nak bebel pasal life aku. Aku nak marah pasal hidup n diri aku. Macam diari la lebih kurang. Mungkin suatu hari nanti aku akan 'private'kan belog ni. Cakap pasal diari..aku pernah ada diari waktu sekolah dulu2. huhu Tak pastilah korang pon ada jugak diari macam aku atau tak. Tapi bila ingat-ingat balik, banyak sangat kenangan aku dengan diari2 yang pernah aku tulis. hehe Ada kenangan yang taknak aku ingat. Malu gilerr. So, takpayah ingat lah kan.. dan ada jugak kenangan yang buat aku tersenyum bila aku ingat semula.


Entry kali ni aku nak story pasal 'my secret book'...huhu secret lah sangat kan..padahal aku selalu je bagi kawan2 aku baca..hehe Sebenarnya, apa yang dikatakan rahsia tu ialah isi dalam buku tu. Rahsia tentang minat aku. Rahsia tentang kesukaan aku. Aku suka tulis sajak. Dan aku akan tulis dalam buku tu. Bila ada je sajak baru aku akan bagi kawan-kawan aku baca. Selalu jugak lah dorang tanya kalau-kalau ada sajak baru yang aku tulis. Tapi yang tak bestnye..aku hanya boleh menulis bila hati aku berbunga2 or waktu aku jiwa kacau..haahaha dan 'my secret book' tu jugak akhirnya aku...bakar kot..ntah tak ingat dah..tu pun sebab aku kuciwa dgn sum1..Ohh...so childish..hehehe



p/s: Ayah aku pon tulis sajak. :) mungkin jodoh aku dengan sastera kuat kot..huhu

P.I.N.T.U




Apabila sebuah pintu diketuk

janganlah segera berlalu pergi

Bimbang

seandainya kau berlalu pergi dan pintu dibuka.

mungkin tuannya kecewa apabila tiada siapa yang ditemui

Tunggulah sehingga pintu dibuka dan

Setelah diizinkan..

 Masuklah dengan hati yang lapang dan bukan walang



Monday, 16 January 2012

Lullaby1



Aku berlari dari kamar sepi itu

menuju ke tengah himpunan sejuta manusia

dunia terasa berputar genap darjahnya

sedang mata aku meliar..rakus....

meniti setiap wajah-wajah yang menyapa mata

mencari tanpa henti dengan desah nafas yang turut sama kencang

namun aku hampa...

masih belum ku temui wajah itu

wajah yang mengisi mimpi-mimpi malam ku

hadir tanpa aku jangka..dan pergi tanpa sempat aku berkata-kata

wajah yang entah siapa pemiliknya

berlalu dengan senyum dan redup mata 

wajah yang tak bertuan itu adalah pencuri yang harus aku jejaki

Yaa..dia pencuri.

Pada hemat akal singkatku.Dia memang pencuri.

Dia bijak.

mencuri ketika aku berada bawah sedar

Kusut..tolong Mister bawa aku ke alam realiti






Sunday, 15 January 2012

Dengan Cinta



Dengan cinta

manusia sedar indahnya awan di langit

Dengan cinta

manusia sedar indahnya pepohon hijau beralun lembut

Dengan cinta

manusia sedar indahnya sinar suria yang menyimbah wajah

Dengan cinta

manusia melihat yang baik sebelum yang buruk

Dengan cinta

manusia bisa tersenyum tanpa punca

Dengan cinta

manusia bisa berkata-kata tanpa memahami apa yang diucapkan

Dengan cinta

manusia bisa menjadi seorang perasa

Dan dengan cinta....

aku masih bisa menulis rasa hati walau tanpa perasaan.



Wednesday, 11 January 2012

Lullaby







Bawakan aku suatu kisah

untuk aku baca...

Agar dapat aku tangisi

untuk kaburi rasa hati sendiri..







Monday, 9 January 2012

Burrppp...


Assalamualaikum..


10.01.01

Cantek pulak tarikh hari ni..hehe entry ni aku buat khas untuk citer semalam punye hal. whole day aku penuh dengan ketawa, mengekek, senyum, jeling2 dan...Burrpp...dats mean aku kenyanglah kan. hehe Maunye tak melantak spagheti tak hengat yang perut aku ni comel je pon saiznya. ;p Takpelah bukan slalu kan..huhu


Semalam, habis je paper aplikasi komputer aku, Kintang, Mary n Lya terus g Mines..teman Lya amik speak dia. Pastu kitorang melawat sorang hamba Allah merangkap kawan2 UPM kami jugak. Seorang yang sangat tabah pada aku. Nak tahu kenapa aku kata dia tabah? Cuba bayangkan korang ada di tempat dia..seorang gadis muda yang menghidap kanser dan baru kehilangan ibu tersayang..terpaksa hadapi segala jenis rawatan tanpa keluarga disisi sebagai penguat semangat..(family dia jauh..) disebabkan rawatan untuk kanser dia just ada kat hospital area Selangor, so dia terpaksalah stay kat rumah makcik dia jugak. YaAllah..tolong doakan kawan saya tu terus kuat untuk lawan sakitnya..dan sembuh seperti dulu..Amin... :) Tapi semalam bila dia cerita pasal sesi rawatan dia kat ktorang aku bole pulak buat muka slumber+cool...haha Bukan apa..aku taknak tunjuk yang aku sedih or simpati dengan keadaan dia..semuanya sebab aku taknak dia rasa down or rasa putus asa... Insya'Allah semoga dia terus kuat.


Sebelum kitorang gerak ke rumah kawan kami tu, aku, Kintang, Mary n Lya dah shupink sakan beli barang dapur kat Giant Mines tu...huhu barang dapur tuu... kitorang plan nak masak spagethi sama2..semalam jugak bufday Mariam. So, saja la buat makan2. Tersangatlaa...kecoh kitorang kat Mines smlm. hahaha Im hepy wif u guys.. :) Balik je Kolej Canselor, ktorang pon masak2 (msg2 xnk kalah tunjuk skill..hahaha) So sweet lah korang.. mesti aku rindu dgn korang nanti...isk3 sampai tua aku akan ingat tau.. :) Bab makan pulak jangan kata apa laa kan..mmg aku melantak kuat. hahaha Tak Payah nak tekejut sgt la Mary oiii....


Semoga ukhwah yang terjalin antara kita kekal ke akhir hayat... Ameen... :)


Sunday, 1 January 2012

Bila tiba masa

Assalamualaikumm...

Hello Mesiaa!!! Hepy New Year!!! dah masuk 2hb dah pon...hahahaa

2011 berlalu dengan penuh warna..2012 yang datang penuh rahsia..
Allahuakhbar!!! Siapa kita yang dapat tahu apa yang bakal kita lalui kann... semoga aku terus redha dengan setiap apa yang telah dia tetapkan..dan dalam masa yang sama aku akan cuba berusaha selagi terdaya dek badan yang kecik ni.huhu

Sekarang tengah mood nak exam lah pulakk...huhu sekejap je masa da berlalu..cepat betul. macam baru je start study week.rupa2 tinggal 2 hari je lagi before my 1st paper. Baru baca 2 bab. Ada lagi 4 bab. Hope esok boleh abis study lah kan..huk2

Sepanjang seminggu yang lepas rasanye macam yang dah aku lalui..sempat balik rumah ada lah dalam 2 hari. pastu mak suh ikut ayah balik kl. 'hang dok rumah pon bukanya hang study' kata mak pada aku. *smbl mulut tenganga aku tepinga2. hahaha Mak is awesome okeh!!

Saya ada Mak Ayah yang sangat mementingkan pelajaran anak2nya. :) Alhamdulillah...

Apa2 pon aku harap exam kali aku mampu buat yang terbaik. Harapan aku ialah tinggalkan UPM dengan kejayaan yang dapat membanggakan Mak n Ayah. Tapi aku tau mak n ayah dah bgga kot dgn aku skg pon. kih3 *prasaaann gila!! bior le kan..blog haku. ahaks

Wuuaaaaaaaaaaaaaaa................napelaa asal final exam je mesti jiwa kacau..asal jiwa kacau je mesti final exam.....






Jom STUDY Jom!!! :)