Thursday, 2 February 2012

DELETE dari HATI

Assalamualaikum...



Entry kali ni aku nak mulakan dengan satu PERTANYAAN... Apa yang korang akan buat bila korang susah hati, marah, sakit hati atau apa-apa jelah? Macam mana korang nak DELETE perasaan tu dari HATI korang? Ada orang bila susah hati akan pergi tempat tinggi dan jerit kuat-kuat..ada sesetengah pula suka duduk dalam bilik sorang-sorang sambil nangis..tak kurang jugak yang mengaji..Alhamdulillah...ada jugak yang dengar lagu jiwang sambil lap hingus..hahaha macam-macam kan? Sebab tu manusia ni UNIK. Diciptakan manusia PAKEJ dengan hati dan perasaan yang sukar nak dimengertikan... :) 


Setiap kali aku rasa marah..sakit hati...tak kisahlah kat orang atau kat diri sendiri, mesti aku akan buat beberapa perkara yang boleh buat aku rasa lega..nak kata dapat tenangkan hati atau dapat lupakan terus apa yang jadi tu mustahil lah kan..tapi sekurang-kurangnya aku rasa legalah sikit kan.. Kalau aku kat rumah, bila aku rasa geram atau marah aku akan masuk bilik air dan cuci bilik sampai aku puas hati. Aku akan berus lantai, cuci sinki, cuci toilet, berus dinding sampai hati aku puas..sampai kecut-kecut jari-jari aku..Dan selalu juga aku ambik berus gigi yang dah tak pakai aku guna untuk berus dinding. Saja taknak guna berus biasa..Hati aku rasa puas bila tengok kotoran sume hilang.


Dan kerana habit aku ni..mungkin sebab tu aku kena ekzema. Doktor siap warn tak bagi pegang apa-apa chemical, sabun atau ape-ape jelah..Doktor cakap tangan aku kena ekzema sebab aku suka cuci pinggan lama-lama, cuci toilet dan pegang sabun..huhu Macam tawu-tawu je Doktor tu kan..Tak sia-sia dia jadi Doktor.hahaha


Agaknya kotoran kat tandas yang aku cuci tu 'simbolik' rasa sakit hati aku kot..Kalaulah apa yang aku rasa boleh hilang semudah itu..Hmm...Tak tawu lahh..tapi tu yang aku akan buat..hehe Pelik kan? Mungkin tu cara aku..Orang lain? Lain pula feelnya..



Macam kawan aku pernah cakap, 'masing-masing ada cara masing-masing'.. :)



Kalau dekat UPM pulak takdelah aku pegi cuci toilet macam kat rumah.hahaha GILA ko! besar kot toilet kat kolej tu..huhu Tak lalu aku aihh... Kalau kat kolej lain pulak caranya..Selalu aku dok sorang-sorang je kat bilik.. Yelaa..aku dengan rumet aku sama je kuat bejalan..huhu Kadang-kadang bila aku rasa geram atau marah aku akan cakap dengan diri aku..aku akan tanya macam-macam soalan kat diri aku sendiri.. Pastu aku sendiri yang jawab soalan-soalan tu jugak.. Tapi yang ni cam tak betul sikitlah.. sebab aku cakap sorang-sorang..hahaha Pernah sekali waktu aku tengah tanya-tanya tu boleh pulak rumet aku jawab..hahaha Pastu aku gitaulah kalau aku marah memang aku camni..Lepas tu dia diam jelah..dah faham kot dengan perangai aku.. :P





p/s: Aku baru lepas cuci toilet..aku marah dengan diri aku. sekali lagi aku jadi orang yang kejam. Maaf.

No comments:

Post a Comment