Monday, 20 February 2012

Senyum untuk malam ini'1

Tolong ingatkan aku...
Tolong ingatkan aku yang aku dah pun kembali ke kampus hijau..
Entah apa yang bakal aku hadapi lagi..
Jujur..aku tak mahu bayangkan..
Jujur..aku tak mahu meneka..
Biar aku lalui secara semulajadi..
Tiada paksaan..
Tiada desakan..
Tiada tekanan..
Biarkan kaki kau melangkah mengikut apa yang kau rasa.
Cukup untuk sekali ini..
Beri ruang untuk diri kau sendiri..
Beri ruang untuk ruang hati kau bernafas bebas..
Beri ruang untuk minda kau berfungsi mengikut apa yang difikirkannya..
Biarkan bibir kau mengukir senyum mekar semekarnya..
Biar mata kau bersinar indah bagai rembulan kala malam menjelma..
Biar tawa meniti setiap telinga-telinga yang singgah di mimpi hidupmu..
Biar tangan kau menyapa ramah hati-hati mereka yang pernah kau sakiti..
Biar bait-bait kata kau menggetar rasa kalbu mereka..
Biar setiap ungkapan yang lahir dari bibirmu menenangkan setiap yang menjengah..
Teruslah berjuang..
Teruslah berdiri dengan tunduk ke bumi..
Teruslah menyiram air mawar ke hati mu..
Teruslah bahagiakan dirimu..
Dan untuk itu kau tidak akan pernah mengalah.
Janji untuk aku itu.

No comments:

Post a Comment