Friday, 30 September 2011

Busy.Busy.Busy

Assalamualaikum...


Hye peeps! rasa macam dah lama je tak update belog. kalau dah namanya student tu macam biasa la kan..sebok memanjannggg...huhu 2minggu yang lepas macam2 yang aku lalui. Aku, kintang, kema dan kawan2 lain pegi panjat broga. Mencabar jugak. Tapi kali pertama aku panjat dulu lagi mencabar kot. Sebab track time tu baru lagi kan. Sempat jugak kitaorang solat subuh kat atas sana. Alhamdulillah.. dengan view yg sangat2 cantik. Jadi insaf aku. Abang Mer pun dah selamat jadi suami orang.hehe Seorang lagi ahli keluarga aku tamatkan zaman bujangnya. So sekarang fair la kan. 4 dah kahwin, 4 lagi single. wuwuwu~ Asal kenduri je mesti ada je makcik2 pakcik2 usik.."lepas ni turn sape pulak.." Maaf ye macik pacik..tak dapat la den nak jawab. Sebab den pon tak tawu bila turn den pulak. hehehe


Selesai hal kahwin belah pihak perempuan, lepas ni turn pihak kitorang pulak sibuk. Harap2 nanti dapatlah aku tolong Mak Ayah apa yang patut. Hmm..tiba2 rasa sayu je bila tingat kat mak n ayah..rasa macam nak je suruh mak n ayah rehat kat rumah.tak yah keja dah. Tapi bukan lama lagi pon kan Ayah Mak nak pencen.Hehe


Khamis lepas, aku kena mikroteaching tuk subjek major aku. BM. Nape ntah. aku rasa tension yang sangat2. Maybe faktor hormon yg tak stabil gak kot time tu. But siyesly, mmg rasa cam tak nak jadi cikgu je. Terasa mencabar sangat keje cikgu ni..Takut tak tergalas kat bahu..T_T'  Ngadu kat k.long..k.long cakap, ramai yang nak peluang yang aku dapat ni. Rugi kalau aku abaikan camtu je. Hmm....betul jugak kan.. Tapi, ape2 pon mikroteaching aku dah pon selesai..Alhamdulillah..dapat pon markah. 18/20. :)


2 minggu yg aku penuhi dengan sakit kepala+kenyang perut+senyum sampai telinga+gelak tawa



Hidup indah penuh warna warni, suka dan duka ni pun salah satu kebesaran Allah SWT yang Maha Berkuasa atas hidup hamba2Nya. Mcam biasa, segala tanggapan -ve aku patut tukarkn pd yg  +ve. Baru hidup tenang. :)



Saturday, 17 September 2011

"Hidup Kampus"

Assalamualaikum..


Hari ni genap seminggu aku kembali ke kampus nan hijau ni.wajah2 baru di mana2. nampak sangat dah lama aku bermastautin kat kampus ni. kawan2 pun dah ramai yang grad. Tinggal nak konvo je lagi.Tak sabar pulak nak habiskan degree. Makin naik semester makin susah kursus yang perlu aku ambil. Dah lumrah menuntut ilmu kan.mana ada yang senang je. Insya'Allah, sem ni aku berazam nak tingkatkan skill mengajar aku. Ececehh..He3 memang perlu kot.tak lama dah pun nak ke sekolah kan. Hope, mikroteaching kali ni aku dah x ajar budak2 ni sopan santun cam dulu.Ha3 Semoga Allah mudahkan urusan aku.amin.. :)


Aku ambik 5 subjek termasuk dgn projek ilmiah aku. Subjek2 lain:

- Asas bimbingan n kaunseling (jadi kaunselor la pulak sem ni kan..huhu masalah sendiri pun tak tau nk selesai camne..masalah org lagilah..kih3)

- Kritikan kesusasteraan melayu (awal2 aku dapat sambung degree dengan major BM,aku tak jangka yg aku perlu belajar sastera.Nak kata tak minat tu bohonglah kan.mungkin jodoh aku dengan sastera kuat kot.hahaha)

- Kaedah mengajar Bahasa Melayu (awal2 dapat rangka kursus aku dah dapat rasa subjek ni memang tough.huhu nak tak nak kena lalui jugak.tapi yang bestnye mikroteaching kali ni Dr suruh coursemate yg pretend student tu kena pakai baju sekolah. I loikee.mesti cumill je kawan2 aku nanti.hehe

- Aplikasi komputer dalam pengajaran BM (subjek ni sama je dengan Teknopen yang aku ambik sem lepas.Banyak dengan kerja kursus.Banyak jugak belanjanya.nasib akulah yang takde penaja ni kan. huhu sape2 yang berhati mulia lagi dermawan nak derma kat aku tu bole emel aku yea. ;P )

- Projek ilmiah tahun akhir/tesis (memang dari sem lepas lagi otak aku serabut dengan tesis.bukan aku sorang lah..boleh dikatakan semua budak fakulti aku kot.Boleh pulak waktu aku nak grad lah nak wajibkan buat tesis.dengan sistem yang terabur,info2 yang berubah2.kurang dari 3 minggu aku kena bentang hasil bab1-3 tesis aku. Harap tak ada apa2 masalah lah.nak ubah bukan mudah kan.



p/s: semoga berkesempatan untuk tunaikan umrah nanti.aminn.

Tuesday, 13 September 2011

Aku tak tau mengapa
Tapi yang pasti hadir rasa lalu di lantai ini
masih ada cebisan ingatan menerobos ruang bilik
Padat di segenap empat penjuru
setiap tapak aku melangkah
ada rasa lalu mengekori
di lantai bilik ini ada sakit yang aku tinggalkan
dan bila aku kembali, rasa itu menyerbu tanpa sempat aku menghela
Pabila sejarah menjengah pintu masa,
langkah terhenti.mata menyorot langit memori.akal ligat mencari posisi.sedang hati berlari ingin pergi.

Erti Maaf

Assalamualaikum..


Apa erti memaafkan selain dari maksud Kamus Dewan Edisi Keempat, mengampunkan kesalahan (kesilapan)?
Bagi aku, kemaafan ialah "melepaskan harapan bahawa masa silam yang telah kita lalui mungkin berbeza".


Memaafkan orang lain yang melakukan sesuatu yang tidak senangi adalah lumrah. Walau sebesar mana pun kesalahan itu, siapa kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain kan? Sedangkan Nabi SAW sendiri pun memaafkan umatnya apatah lagi kita yang banyak khilafnya.


Itu bila disoalkan kesalahan orang pada kita. Bagaimana pula kesalahan yang datang dari diri kita sendiri? Aku rasa perasaan tidak dapat memaafkan diri sendiri tu lagi berat dari kemaafan terhadap orang lain. Masih ramai yang tidak dapat memaafkan diri sendiri. Mungkin kat mulut kata hati tenang tapi dalam hati penuh rasa gundah memikirkan kesilapan yang dah dilakukan. Timbul lah penyesalan bagai.


Kita hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan. Tak ada manusia yang syumul sifatnya. Maafkan diri atas kekhilafan yang telah kita lakukan. Beri ruang untuk jiwa baru melebarkan sayap insaf. Mohon ampun pada Allah SWT atas segala dosa yang telah dilakukan. Insya'Allah hati kita akan lebih tenang. :)





Friday, 9 September 2011

Perlu rasa



Perlu rasa susah untuk rasa senang
 Perlu rasa sedih untuk rasa gembira
Perlu rasa lapar untuk rasa kenyang
Perlu rasa sempit untuk rasa lapang
Perlu rasa benci untuk rasa sayang
Perlu rasa sendiri untuk rasa berdua

Thursday, 8 September 2011

Senyum untuk malam ni :)

Assalamualaikum semua... :)



See...awal2 salam lagi aku dah kasi Smiley tuk korang.Hehe
Allah swt bagi aku rasa seronok malam ni. Alhamdulillah..syukur..



Monday, 5 September 2011

Mimpi hidup ini



Hidup ni macam mimpi..
malam ni kita bermimpi tentang suatu kisah..
esoknya, saat kita sedar dan segala mimpi telah pun berlalu..
tanpa satu pun mampu kita ulang semula..
pabila malam tiba.
mimpi pun bertandang kembali..
kisah baru pun bermula.


Dalam hidup ni..
selama 22 tahun 8 bulan 9 hari aku diberi kesempatan untuk bernafas..
bermacam mimpi telah aku lalui.
tapi, setiap kali aku sedar. aku masih diberi peluang untuk memulakan
kisah yang baru.
dan aku tak kan biarkan walau sedetik kisah yang aku lalui tanpa segaris senyuman dibibir.
kerana aku berhak untuk bahagia.
Seperti kalian juga..
cuma mimpi kita mungkin tak sama.. :)