Apa erti memaafkan selain dari maksud Kamus Dewan Edisi Keempat, mengampunkan kesalahan (kesilapan)?
Bagi aku, kemaafan ialah "melepaskan harapan bahawa masa silam yang telah kita lalui mungkin berbeza".
Memaafkan orang lain yang melakukan sesuatu yang tidak senangi adalah lumrah. Walau sebesar mana pun kesalahan itu, siapa kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain kan? Sedangkan Nabi SAW sendiri pun memaafkan umatnya apatah lagi kita yang banyak khilafnya.
Itu bila disoalkan kesalahan orang pada kita. Bagaimana pula kesalahan yang datang dari diri kita sendiri? Aku rasa perasaan tidak dapat memaafkan diri sendiri tu lagi berat dari kemaafan terhadap orang lain. Masih ramai yang tidak dapat memaafkan diri sendiri. Mungkin kat mulut kata hati tenang tapi dalam hati penuh rasa gundah memikirkan kesilapan yang dah dilakukan. Timbul lah penyesalan bagai.
Kita hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan. Tak ada manusia yang syumul sifatnya. Maafkan diri atas kekhilafan yang telah kita lakukan. Beri ruang untuk jiwa baru melebarkan sayap insaf. Mohon ampun pada Allah SWT atas segala dosa yang telah dilakukan. Insya'Allah hati kita akan lebih tenang. :)

No comments:
Post a Comment