Thursday, 30 June 2011

"Sebuah Cerita Tentang Doa"

Sejak-sejak cuti sem ni mula la habit baru aku..tengok tv. Breakfast dengan Oprah Winfrey Show, lunch pulak dengan HOUSE. Hehe Dalam bersenang-lenang macam tu pon, otak aku fikir jugak pasal kerja tesis aku yang tertunggak tu. So, hepi2 pon masih lagi tak tenang. Keje banyak tapi tak gerak pun. Huhu 

Sebenarnya aku nak tulis pasal satu drama melayu yang tayang kat TV2. Aku yakin ramai antara korang bukan jenis yang tengok drama melayu kan?? tambah-tambah lagi kat TV1 atau TV2. (aku rasa je la kan...) Huhu Nak jadi cerita, macam mn ntah tadi aku bole pulak tengok tv2 kan dan waktu tu tgh tayang 1 drama tajuk dia - Makbul (Sebuah Cerita Tentang Doa). Kalau korang nak tau, sebelum ni aku ada jugak 'tertengok' cerita ni tapi tak habis. Tapi kali ni aku tengok cerita tu dari mula sampai habis. Dan untuk pengetahuan korang, 2x aku nangis  waktu tengok cerita tu. huhu (mata aku x masuk habuk oke.)

Bagi aku drama tu banyak pengajarannya. Tak terlalu berat, tapi masih boleh buat aku berfikir. Dialog-dialog dalam cerita tu pun, bagi aku ada maksud tersirat yang boleh kita ambil ikhtibar. Betapa sebuah doa itu amatlah besar hikmatnya. Dan sebagai seorang muslim, doalah senjata kita. Dengan doa hati yang gusar akan menjadi tenang, dengan doa seorang manusia menjadi insan, dan dengan doa Mak aku jugaklah aku dapat jejakkan kaki di UPM. Bayangkan kalau hidup kita tanpa doa seorang Ibu? Subhanallah.... 

Buat peringatan buat diri yang serba daif ini,
Dalam menjalani hidup, janganlah pernah berhenti berdoa. Andai doa masih belum diperkenankan, janganlah dipersoalkan, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin apa yang aku minta bukanlah yang terbaik untuk aku..dan mungkin Allah sudah siapkan sesuatu yang lebih membahagiakan untuk aku.   Insha'Allah. Sebenarnya, kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang terbaik buat diri kita sendiri, dan Dia lah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya kan.






Sebuah cerita tentang DOA...


No comments:

Post a Comment